Hubungi Kami  pin_drop Peta  Pautan Pantas  
   
English | Malay  
Carian :  
   
 

Latar Belakang KTYS




Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYS) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan nama asalnya Institut Pembangunan Insan. Kolej ini ditubuhkan sejajar dengan objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah, No.8, 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan. Nama Kolej kemudiannya telah diubah kepada Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) pada 30 Julai 1994.

Pada 4 Januari 2001, Kolej Komuniti Yayasan Sabah telah ditukar namanya kepada Kolej Yayasan Sabah selaras dengan usaha penswastaan berdasarkan keperluan Akta 555 tahun 1996. Berdasarkan matlamat asalnya, penubuhan Kolej Yayasan Sabah (KYS) adalah untuk secara aktif menyediakan program latihan kemahiran, teknikal, vokasional, profesional dan akademik. KYS telah memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi dan arahan Kerajaan Negeri yang memberi penekanan kepada pembangunan terlatih, tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir mengikut keperluan industri.

Berlandaskan objektif ini, KYS giat menjalankan program-program pendidikan yang berbentuk latihan kemahiran, teknikal, vokasional, profesional dan pengajian akademik selaras dengan keperluan sumber manusia yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk menerajui negeri Sabah, ke arah menjadi sebahagian daripada negeri industri dan maju seperti yang dicerminkan dalam aspirasi halatuju kerajaan negeri dan Wawasan 2020.

Kolej Yayasan Sabah secara rasmi ditukar kepada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) pada 8 Januari 2016 sehingga kini. Penjenamaan semula KTYS memainkan peranan penting untuk mempromosikan ‘Technical Vocational Education & Training (TVET).

 

Pautan Lain ............................................................................................................................................................................................................................................................

      Tajaan Pendidikan                  Alamat Kampus - kampus             
play_circle_outline  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
play_circle_outline  Majlis Amanah Rakyat (MARA)
play_circle_outline  Yayasan Sime Darby
play_circle_outline  Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
play_circle_outline  Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
play_circle_outline  Zakat Pendidikan Sabah

      Agensi         

play_circle_outline  Yayasan Sabah
play_circle_outline  Kerajaan Negeri Sabah
play_circle_outline  Persekutuan Industri Sabah (FSI)
  City Campus, Sembulan,
Jalan Ibu Pejabat JKR, Off Jalan Mat Salleh,
88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Technical Campus, Likas
Jalan Dewan Bahasa & Pustaka, Off Jalan Sulaman,
Teluk Likas, 88857 Kota Kinabalu, Sabah.

Skill Training Centre,
B