• KTYS
  • »
  • DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI
Program Kerjasama KTYS-UTM

DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT KURSUS:
DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI SECARA KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) JPT/BPP(R3/0414/4/0059)(A9667)/7/28
Diploma Pengurusan Teknologi memberi pendedahan dalam pengurusan teknologi dan pengurusan perniagaan serta dilengkapi dengan pengetahuan ekonomi, pemasaran serta undang-undang perdagangan. Kursus ini menawarkan pemahaman menyeluruh, pengetahuan dan kemahiran berkenaan dengan skop serta pemikiran yang berkaitan dengan pengurusan melalui kajian konsep, teori dan amalan praktikal. Pelajar juga akan didedahkan kepada isu-isu penting dan terkini yang berkaitan dengan pengurusan didalam latar belakang teknologi terutama sekali dalam pengeluaran dan perkhidmatan. Program ini dijalankan oleh Kolej Teknologi Yayasan Sabah dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
3 Tahun (14 Minggu Panjang / 6 Semester Panjang).
Sepenuh Masa (90 Jam Kredit)
Kuliah, Tutorial dan Amali

SYARAT AM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah.
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian (GRED C) termasuk Bahasa Melayu.
DAN
2. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
ATAU
3. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti / Sijil yang diiktiraf setaraf dengannya serta berkaitan dengan program Diploma yang dipohon dengan memperolehi purata mata nilai kumulatif (PNGK) minimum 2.00.
ATAU
4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi purata mata nilai kumulatif (PNGK) minimum 2.00.
ATAU
5. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangya TIGA (3) kepujian (GRED C) termasuk mata pelajaran Matematik dan DUA (2) mata pelajaran yang lain.
ATAU
6. Kelayakan-kelayakan lain yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.

  • Penolong Pegawai Pemasaran
  • Usahawan
  • Penyelaras Jualan
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pengurus Operasi
  • Penolong Eksekutif Sumber Manusia

Kursus lain yang berkaitan:

DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH SECARA KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) – JPT/BPP(R3/0734/4/0005)(A9042)/7/28
DIPLOMA SAINS KOMPUTER SECARA KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) – JPT/BPP(R3/0613/4/0008)(A9374)/10/28
DIPLOMA PERAKAUNAN SECARA KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) – JPT/BPP/(R3/0411/4/0020)(A9668)/7/28