Senarai Tajaan Pendidikan

  • KTYS
  • »
  • Senarai Tajaan Pendidikan

TAJAAN PENGAJIAN YAYASAN SABAH

Yayasan Sabah menawarkan Biasiswa/Dermasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

BANTUAN KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS)

BKNS menawarkan tajaan seperti Anugerah Tuan Yang Terutama yang Dipertua Negeri Sabah (TYT), Biasiswa Cemerlang dan Biasiswa Perdana untuk mengikuti pengajian diperingkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

BANTUAN PENDAFTARAN IPT ONE OFF (BUDI)

Bantuan ini terbuka kepada para pelajar sepenuh masa bagi kemasukan kali pertama bagi tahun semasa di IPT seluruh Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0 (BAIK)

Bantuan ini terbuka kepada pelajar - pelajar IPTA/S berstatus bumiputera berasal dari sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran dan hanya untuk satu ketua isi Rumah (KIR) sahaja.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PTPTN menawarkan Pinjaman Pengajian Tinggi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).