Logo KTYS

BENTUK PERISAI

Melambangkan peranan Yayasan Sabah dalam melindungi rakyat Sabah melalui pendidikan sejajar dengan objektif penubuhannya.

TOPI GRADUASI

Melambangkan keutamaan dan ketinggian ilmu yang dimiliki serta tanggungjawab memelihara adab dalam kalangan graduan KTYS.

BUKU

Melambangkan teras kepada pendidikan formal yang disediakan oleh KTYS dalam melahirkan masyarakat yang maju dan bermatlamat.

RODA GERIGI

Melambangkan kepentingan teknologi sebagai elemen dalam pembentukan pendidikan yang moden dan mutakhir.

WARNA EMAS

Lambang kepada kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.

WARNA MERAH MANGGIS

Memaparkan kesinambungan usaha KTYS bersama Yayasan Sabah dalam mencapai keseluruhan matlamat Yayasan Sabah dan Kerajaan bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat di Sabah terutamanya dalam bidang pendidikan dan sosial.  

TITIK BESAR DAN DUA KELUK SELARI

Titik bulat besar merupakan matlamat KTYS untuk melahirkan guna tenaga yang berilmu, berkemahiran dan beramanah serta berbakti dalam pencapaian pelan strategik Hala Tuju Sabah Maju Jaya.