• KTYS
  • »
  • DIPLOMA IN ELECTRICAL TECHNOLOGY – JPT/BPP(R2/0712/4/0005)(MQA/FA1921)/7/27
Program Dalaman KTYS

DIPLOMA IN ELECTRICAL TECHNOLOGY – JPT/BPP(R2/0712/4/0005)(MQA/FA1921)/7/27

MAKLUMAT KURSUS:
DIPLOMA IN ELECTRICAL TEHNOLOGY - JPT/BPP(R2/0712/4/0005)(MQA/FA1921)/7/27
Kursus ini dibentuk untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan & berkemahiran dalam mengendali, menguji, menyenggara dan membaikpulih mesin elektrik & peranti elektronik. Pelajar-pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek & melaksanakan kerja-kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Pengkhususan dalam bidang disiplin elektrik yang ditawarkan adalah seperti modul Sistem Kuasa Elektrik, Litar Elektrik, Pendawaian Elektrik, Mesin Arus Terus & Ulang Alik, Kawalan Motor, Baik Pulih Alatan Elektrik & Elektronik,Penyaman Udara, Keselamatan Industri & Akta Bekalan Elektrik, Pengawal Logik Atur Cara (PLC), Projek Akhir & menjalani Latihan Industri.
2 Tahun 5 Bulan (17 Minggu Panjang / 4 Semester Panjang, 9 Minggu Pendek / 2 Semester Pendek, Latihan Industri 16 Minggu / 1 Semester).
Sepenuh Masa (90 Jam Kredit)
Kuliah, Tutorial, Amali, Bengkel dan Latihan Industri

SYARAT KELAYAKAN MASUK :
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu; atau
2. Lulus Sijil dalam bidang berkaitan daripada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diikktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00 dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM; atau
3. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf; DAN
– Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam satu (1) mata pelajaran;
– Menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang yang sama
– Sekiranya perlu, PPT harus menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran kepada sektor akademik; atau
4. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Juruelektrik
  • Juruteknik elektrik
  • Penolong penyelia elektrik
  • Usahawan

Kursus lain yang berkaitan:

FOUNDATION IN PHYSICAL SCIENCE (ASASI SAINS FIZIKAL) – JPT/BPP(R/0011/30183)(MQA/FA8937)/3/27
DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT – (R2/0414/4/0134)
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DPAK) – JPT/BPP(N/0112/4/0055)(MQA/FA11473)/1/25
DIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – JPT/BPP/(R3/0715/4/0037)/3/28
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN – JPT/BPP(R3/0733/4/0011)(A8518)/3/28
DIPLOMA PENGAJIAN ILMU ISLAM- N/0224/4/0036