Kursus ini diadakan bagi melatih para pelatih menjadi seorang Juruteknik yang mahir dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelatih akan dilatih untuk menguasai dan mahir dalam kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih sesebuah sistem yang telah ditetapkan. Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan pemasangan dan penyelenggaraan alat pemanas air serta kipas pengalihudaraan. Dalam kursus ini juga pelatih akan diterapkan dengan kemahiran penyeliaan kakitangan. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
18 Bulan (Sepenuh masa) termasuk 3 bulan Latihan Industri