• KTYS
  • »
  • FOUNDATION IN PHYSICAL SCIENCE (ASASI SAINS FIZIKAL) – JPT/BPP(R/0011/30183)(MQA/FA8937)/3/27
Program Dalaman KTYS

FOUNDATION IN PHYSICAL SCIENCE (ASASI SAINS FIZIKAL) – JPT/BPP(R/0011/30183)(MQA/FA8937)/3/27

MAKLUMAT KURSUS:
FOUNDATION IN PHYSICAL SCIENCE (ASASI SAINS FIZIKAL) - JPT/BPP(R/0011/30183)(MQA/FA8937)/3/27
Program ini dijalankan bagi memberi laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program ini berteraskan kepada kejuruteraan dan setara dengan program Matrikulasi yang ditawarkan di intitusi pendidikan lain. Program ini merangkumi beberapa kursus seperti fizik, Kimia, Calculus, Kejuruteraan dan Teknologi serta beberapa kursus yang berkaitan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Biasiswa Yayasan Sabah sepanjang pengajian.
1 Tahun (17 Minggu Panjang / 2 Semester Panjang) 9 Minggu Pendek / 1 Semester Pendek.
Sepenuh Masa (50 Jam Kredit)
Kuliah, Tutorial dan Amali

Surat Kelulusan Pengendalian Asal FIS:

  1. Lanjutan Pengajian ke bidang Sains selain bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi:
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik dan 2 mata pelajaran Sains serta lulus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau kelayakan lain yang setara dengannya;; ATAU
    • Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains serta lulus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains serta lulus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  2. Lanjutan Pengajian ke bidang Kejuruteraan:
    • Lulus SPM/ SPMV dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains Fizikal atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains Fizikal atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains Fizikal atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  3. Lanjutan pengajian ke bidang Alam Bina:
    • Lulus SPM/ SPMV dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  4. Lanjutan pengajian ke bidang Komputeran (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian):
    • Lulus SPM/ SPMV dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik Tambahan atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik Tambahan atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik Lanjutan atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  5. Lanjutan pengajian ke bidang Komputeran (Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat):
    1. Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    2. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; ATAU
    3. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya. ATAU
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Prospek Kerjaya/Laluan Pendidikan:

Laluan Pendidikan:
Pelajar yang mengikuti Program Asasi Sains Fizikal di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) selama 1 tahun berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui laluan Dual Degree bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan rakan universiti di luar negara seperti di China dan Jerman.

Program yang boleh dipilih merangkumi program dalam:

  • Kejuruteraan Mekanikal, Awam, dan Elektrik
  • Kejuruteraan Mekatronik, Automotif, dan Elektrik
  • Kejuruteraan Perniagaan
  • Bidang Komputeran, Kejuruteraan Elektrik, dan Teknologi

Prospek Kerjaya Mengikut Laluan Ijazah:

Kejuruteraan Mekatronik:

  • Jurutera Pembuatan (Manufacturing Engineer)
  • Jurutera Mekatronik / Robotik
  • Jurutera Sistem
  • Jurutera Elektronik
  • Jurutera QA / QC
  • Jurutera Tenaga
  • Jurutera R&D
  • Jurutera Kawalan / Instrumen
  • Jurutera Pengeluaran / Proses
  • Konsultan Industri
  • Usahawan Teknologi (Technopreneur)
  • Pensyarah / Akademik

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik:

  • Jurutera Sistem Kuasa
  • Jurutera Telekomunikasi
  • Jurutera Sistem & Komputer
  • Jurutera Kawalan & Instrumentasi
  • Jurutera Projek / Penyelenggaraan
  • Jurutera Ujian & Pembangunan
  • Integration Engineer
  • Jurutera Kualiti
  • Technopreneur
  • Pensyarah / Akademik

Kejuruteraan Automotif:

  • Jurutera Reka Bentuk Automotif
  • Jurutera Perlumbaan (Motorsport)
  • Jurutera Pengeluaran & Proses
  • Jurutera Kualiti
  • Jurutera Sistem Automotif
  • Industrial Engineer
  • Drafter / Pereka Komponen
  • Jurutera Bahan

Kejuruteraan Perniagaan:

  • Pengurus Rantaian Bekalan (Supply Chain Management)
  • Pengurus Operasi
  • Penganalisis Perniagaan
  • Pakar Perniagaan Digital

Sijil Pengiktirafan

Kursus lain yang berkaitan:

DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT – JPT/BPP(R2/345/4/0270)(MQA/FA1753)/11/27
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DPAK) – JPT/BPP(R/0112/4/0055)(MQA/FA11473)/1/30
DIPLOMA IN ELECTRICAL TECHNOLOGY – JPT/BPP(R2/0712/4/0005)(MQA/FA1921)/7/27
DIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – JPT/BPP/(R3/0715/4/0037)/3/28
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN – JPT/BPP(R3/0733/4/0011)(A8518)/3/28
DIPLOMA PENGAJIAN ILMU ISLAM-JPT/BPP(N/0224/4/0036)(MQA/PA17410)/7/29