Latar Belakang KTYS

  • KTYS
  • »
  • Latar Belakang KTYS

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Penubuhan KTYS adalah selaras dengan fokus pendidikan di dalam Seksyen 3 Enakmen Yayasan Sabah 1966 (Pindaan No.1, 1998) di mana objektif utamanya adalah :-

Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1990 dengan nama Institut Pembangunan Insan dan kemudian bertukar nama menjadi Kolej Komuniti Yayasan Sabah pada tahun 1994.

Pada tahun 2001, nama kolej ini diubah kepada Kolej Yayasan Sabah dalam usaha penswastaan pendidikan selaras dengan keperluan Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Akta LAN (Akta 556). Di samping itu, syarikat KKYS Sdn. Bhd. ditugaskan untuk menguruskan kolej. Kolej ini kemudian dijenamakan semula sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) pada Disember 2015 sebagai sebahagian daripada pelan transformasi kolej untuk memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional.

Pada tahun 2022, sebagai reaksi strategik terhadap permintaan pasaran yang sentiasa berubah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah menjalankan inisiatif penjenamaan semula dan mengubah namanya menjadi Kolej Teknologi Yayasan Sabah. Usaha ini selaras dengan komitmen institusi untuk terus kekal relevan di dalam landskap pendidikan tinggi yang sangat dinamik.

sabah-maju-jaya

Penjenamaan semula KTYS ini juga sehaluan dengan Hala Tuju “Sabah Maju Jaya” dalam elemen pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Penjenamaan semula ini juga menekankan konsep 3E iaitu Education, Employment dan Entrepreneurship. Ini membuktikan KTYS mampu melahirkan graduan yang mempunyai pendidikan yang berkualiti, di samping kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

KTYS menawarkan pelbagai program di peringkat diploma, asasi, sijil kemahiran, dan program khas, dan kini mempunyai dua kampus pembelajaran di Kota Kinabalu iaitu Kampus Induk di Sembulan, dan Kampus Teknikal di Likas.